Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai para malaikat yang turun pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

إن لله تعالى ملائكة ينزلون في كل ليلة، يحسون ‌الكلال عن دَواب الغزاة، إلا دابة في عنقها جرس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai para malaikat yang turun pada setiap malam, mereka menghapuskan kelesuan pada tunggangan-tunggangan para tentera, kecuali haiwan yang ada loceng di tengkuknya

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis nombor 3012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن لله تعالى ملائكة ينزلون في كل ليلة، يَحْسُونَ ‌الكلالَ عن دَوابِّ الغُزاة، إلا دابةً في عنُقِها جرسٌ)). [طب، ((الضعيفة)) (7116)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai para malaikat yang turun pada setiap malam, mereka menghapuskan kelesuan pada tunggangan-tunggangan para tentera, kecuali haiwan yang ada loceng di tengkuknya. [Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7116].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs