Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai para malaikat yang turun pada setiap malam

Teks Bahasa Arab

إِنَّ للهِ تَعَالَى مَلَائِكَةٌ ينزِلُونَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ، يَحْسُونَ ‌الْكَلَالَ عَنْ دَوَابِّ الغُزَاةِ، إِلَّا دَابَةً فِي عُنُقِهَا جَرَسٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai para malaikat yang turun pada setiap malam, mereka menghapuskan kelesuan pada tunggangan-tunggangan para tentera, kecuali haiwan yang ada loceng di tengkuknya

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis no. 3012.

(منكر) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن لله تعالى ملائكة ينزلون في كل ليلة، يَحْسُونَ ‌الكلالَ عن دَوابِّ الغُزاة، إلا دابةً في عنُقِها جرسٌ)). [طب، ((الضعيفة)) (7116)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai para malaikat yang turun pada setiap malam, mereka menghapuskan kelesuan pada tunggangan-tunggangan para tentera, kecuali haiwan yang ada loceng di tengkuknya. [Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7116].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.