Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang Dia telah ajarkannya kepadaku serta mendidik kalian

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تعالى أمرني أن أُعلِّمَكم مما علَّمني، وأن أُؤَدِّبَكم: إذا قمتُم على أبوابِ حُجَرِكم؛ فاذكروا اسمَ اللهِ؛ يرجعُ الخبيثُ عن منازلِكم. وإذا وُضِعَ بين يدي أحدِكم طعامٌ؛ فلْيُسمِّ اللهَ؛ حتى لا يشاركَكم الخبيثُ في أرزاقكم. ومن اغتسل بالليلِ؛ فليحاذرْ عن عورتِه، فإن لم يفعلْ فأصابَه لَمَمٌ؛ فلا يلومنَّ إلا نفسَه. ومن بال في مُغتَسَلِه فأصابه الوسواسُ؛ فلا يلومنَّ إلا نفسَه، وإذا رفعتُم المائدةَ؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإنَّ الشياطينَ يلتقطون ما تحتَها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبًا في طعامِكم.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang Dia telah ajarkannya kepadaku serta mendidik kalian: Apabila kalian berdiri di hadapan pintu bilik kalian, sebutlah nama Allah, nescaya syaitan akan berpatah balik dari rumah kalian. Apaila diletakkan makanan di hadapan kalian, bacakanlah bismillah, supaya syaitan tidak dapat menyertai kalian pada rezeki kalian itu. Sesiapa yang mandi pada waktu malam, berwaspadalah dengan auratnya. Sekiranya dia tidak melakukannya lalu dia menjadi kurang siuman, maka janganlah dia cela melainkan dirinya sendiri. Sesiapa yang kencing di tempat mandiannya, lalu dia ditimpa penyakit waswas, maka janganlah dia cela melainkan dirinya sendiri. Sekiranya kalian mengalihkan hidangan, sapulah (sisa) apa yang terdapat di bawahnya, kerana sesungguhnya syaitan akan mengutip apa yang terdapat di bawahnya. Janganlah kalian memperuntukkan suatu bahagian untuk mereka daripada makanan-makanan kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240-241, hadis no. 1263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الله - تعالى - أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم. وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم. ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه. ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيباً في طعامكم». [الحكيم الترمذي، «الضعيفة» (7082)].

(Sangat Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang Dia telah ajarkannya kepadaku serta mendidik kalian: Apabila kalian berdiri di hadapan pintu bilik kalian, sebutlah nama Allah, nescaya syaitan akan berpatah balik dari rumah kalian. Apaila diletakkan makanan di hadapan kalian, bacakanlah bismillah, supaya syaitan tidak dapat menyertai kalian pada rezeki kalian itu. Sesiapa yang mandi pada waktu malam, berwaspadalah dengan auratnya. Sekiranya dia tidak melakukannya lalu dia menjadi kurang siuman, maka janganlah dia cela melainkan dirinya sendiri. Sesiapa yang kencing di tempat mandiannya, lalu dia ditimpa penyakit waswas, maka janganlah dia cela melainkan dirinya sendiri. Sekiranya kalian mengalihkan hidangan, sapulah (sisa) apa yang terdapat di bawahnya, kerana sesungguhnya syaitan akan mengutip apa yang terdapat di bawahnya. Janganlah kalian memperuntukkan suatu bahagian untuk mereka daripada makanan-makanan kalian". [Riwayat al-Hakim al-Tirmidzi dalam Nawadir al-Usul. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 7082].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.