Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah taala membina syurga Firdaus dengan tangan-Nya, dan dia mengharamkannya ke atas kesemua orang musyrik dan orang yang ketagih arak

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تعالَى بنَى الفردوسَ بيدِه، وحظرَها على كلِّ مُشركٍ و كلِّ مدمِنٍ للخمرِ سِكِّيرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah taala membina syurga Firdaus dengan tangan-Nya, dan dia mengharamkannya ke atas kesemua orang musyrik dan orang yang ketagih arak.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 652, hadis no. 3370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن الله تعالى بنى الفردوس بيده، ‌وحظرها على كل مشرك وكل مدمن للخمر سكير)). [الرازي، حل، فر، ((الضعيفة)) (1719)]

(Lemah) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah taala membina syurga Firdaus dengan tangan-Nya, dan dia mengharamkannya ke atas kesemua orang musyrik dan orang yang ketagih arak.” [Riwayat al-Razi dalam al-Fawaid, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1719]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.