Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Taala itu apabila Dia menurunkan suatu penyakit dari langit kepada penduduk bumi

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ - تعالى - إذا أنزلَ عاهةً من السماءِ على أهلِ الأرضِ صُرِفَتْ عن عُمَّارِ المساجدِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Taala itu apabila Dia menurunkan suatu penyakit dari langit kepada penduduk bumi, nescaya ia akan dipalingkan daripada orang-orang yang mengimarahkan masjid-masjid.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis no. 1960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الله - تعالى - إذا أنزل عاهة من السماء على أهل الأرض صرفت عن عمار المساجد». [ابن عساكر، «الضعيفة» (7080)].

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala itu apabila Dia menurunkan suatu penyakit dari langit kepada penduduk bumi, nescaya ia akan dipalingkan daripada orang-orang yang mengimarahkan masjid-masjid". [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7080].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.