Sesungguhnya Allah taala berkata: Sesungguhnya Aku, tidaklah Aku pada setiap kata-kata seorang bijaksana Aku menghadap

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله -تبارك وتعالى – يقول: إني لست على كل كلام الحكيم أقبل، ولكني أقبل على همه وهواه، فإن كان همه وهواه فيما يحب الله ويرضى؛ جعلت صمته حمدا الله ووقارا، وإن لم يتكلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah taala berkata: Sesungguhnya Aku, tidaklah Aku pada setiap kata-kata seorang bijaksana Aku menghadap, akan tetapi Aku menghadap pada kerunsingannya dan keinginannya. Jika kerunsingannya dan keinginannya pada apa yang disukai oleh Allah dan Dia redhai; Aku jadikan diamnya sebagai pujian kepada Allah dan ketenangan, sekalipun dia tidak berkata-kata.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis nombor 9996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن المهاصر بن حبيب بن صهيب مرفوعا: «إن الله -تبارك وتعالى – يقول: إني لست على كل كلام الحكيم أقبل، ولكني أقبل على همه وهواه، فإن كان همه وهواه فيما يحب الله ويرضى؛ جعلت صمته حمدا الله ووقارا، وإن لم يتكلم».
[ابن النجار في «ذيل تاريخ بغداد»، «الضعيفة» (2050)].

(Sangat Lemah)
Daripada al-Muhosir bin Suhaib, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah taala berkata: Sesungguhnya Aku, tidaklah Aku pada setiap kata-kata seorang bijaksana Aku menghadap, akan tetapi Aku menghadap pada kerunsingannya dan keinginannya. Jika kerunsingannya dan keinginannya pada apa yang disukai oleh Allah dan Dia redhai; Aku jadikan diamnya sebagai pujian kepada Allah dan ketenangan, sekalipun dia tidak berkata-kata”.
[Riwayat Ibnu An-Najjar dalam “Dzail Tarikh Baghdad”. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2050].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.