Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Sesungguhnya hamba-Ku ialah setiap hamba-Ku yang mengingati-Ku ketika berjuang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله جل ذكره يقول: إن عبدي كل عبدي الذي يذكرني وهو ملاق قرنه -يعني: عند القتال-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Sesungguhnya hamba-Ku ialah setiap hamba-Ku yang mengingati-Ku ketika dia sedang berhadapan dengan lawannya (iaitu: ketika peperangan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1451, hadis nombor 7380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمارة بن زعكرة -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الله جل ذكره يقول: إن عبدي كل عبدي الذي يذكرني وهو ملاق قرنه -يعني: عند القتال-)). [ت، الدولابي، عد، ابن منده، ((الضعيفة)) (3135)].

(Lemah)
Daripada ‘Umārah bin Za‘karah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Sesungguhnya hamba-Ku ialah setiap hamba-Ku yang mengingati-Ku ketika dia sedang berhadapan dengan lawannya (iaitu: ketika peperangan).
[Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya, al-Dūlābī dalam al-Kunā, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Mandah dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3135].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.