Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepada para malaikat: Pergilah kepada hamba-Ku

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا. فيأتونه فيصبون عليه البلاء صبا، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepada para malaikat: Pergilah kepada hamba-Ku dan berikanlah kepada mereka lalu ujilah mereka dengan ujian kesusahan. Maka mereka pun mendatanginya lalu menimpakan kepada mereka ujian kesusahan, kemudian hamba tersebut memuji Allah. Maka para malaikat kembali dan berkata kepada Allah: Wahai Tuhan Kami! Kami telah timpakan kepada hamba-Mu kesusahan sepertimana yang Engkau perintahkan kepada Kami. Maka Allah berkata: Kembalilah kamu kepada mereka dan timpakan lagi ujian kepadanya, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2029, hadis nombor 10207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الله – عز وجل – يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا. فيأتونه فيصبون عليه البلاء صبا، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته.
[المخلص في ((العاشر من حديثه))، طب، البغوي، ((الضعيفة)) (4994)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepada para malaikat: Pergilah kepada hamba-Ku dan berikanlah kepada mereka lalu ujilah mereka dengan ujian kesusahan. Maka mereka pun mendatanginya lalu menimpakan kepada mereka ujian kesusahan, kemudian hamba tersebut memuji Allah. Maka para malaikat kembali dan berkata kepada Allah: Wahai Tuhan Kami! Kami telah timpakan kepada hamba-Mu kesusahan sepertimana yang Engkau perintahkan kepada Kami. Maka Allah berkata: Kembalilah kamu kepada mereka dan timpakan lagi ujian kepadanya, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya.
[Riwayat al-Mukhlis dalam al-‘Ashir Min Hadithuhu,Al-Tabarani dalam Mu’jam Kabir. al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4994]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs