Sesungguhnya Allah Taala apabila berkenan melaksanakan suatu perintah, nescaya Dia akan memaksa akal setiap pemilik akal

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى إذا أحب إنفاذ أمر؛ سلب كل ذي لب لبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala apabila berkenan melaksanakan suatu perintah, nescaya Dia akan memaksa akal setiap pemilik akal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467, hadis nombor 2505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «إن الله تعالى إذا أحب إنفاذ أمر؛ سلب كل ذي لب لبه». [خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (3043)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah Taala apabila berkenan melaksanakan suatu perintah, nescaya Dia akan memaksa akal setiap pemilik akal". [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3043].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs