Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Taala apabila berkenan melaksanakan suatu perintah, nescaya Dia akan memaksa akal setiap pemilik akal

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ تعالى إذا أَحَبَّ إنفاذَ أمرٍ؛ سَلَب كلَّ ذِي لُبٍّ لُبَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Taala apabila berkenan melaksanakan suatu perintah, nescaya Dia akan memaksa akal setiap pemilik akal.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 467, hadis no. 2505.

(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «إن الله تعالى إذا أحب إنفاذ أمر؛ سلب كل ذي لب لبه». [خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (3043)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah Taala apabila berkenan melaksanakan suatu perintah, nescaya Dia akan memaksa akal setiap pemilik akal". [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3043].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.