Tidak ada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ تعالى يسأَلُ العبدَ عنْ فضلِ علْمِهِ، كما يسأَلُهُ عنْ فضلِ مالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah taala akan menyoal seseorang hamba tentang lebihan ilmunya, seperti mana Dia akan menyoal tentang lebihan hartanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tidak ada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 637, hadis no. 3302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا السياق) عن ابن عمر -رضي الله عنها -، قال: قال ﷺ: «إن الله - تعالى - يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله». [«الضعيفة (7098)].
(Tidak ada asalnya dengan konteks ini) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah taala akan menyoal seseorang hamba tentang lebihan ilmunya, seperti mana Dia akan menyoal tentang lebihan hartanya.” [Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7098]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman