Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah taala akan berkata pada Hari Kiamat: Aku perintahkan kalian

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ -تعالى- يقولُ يومَ القيامةِ: أَمَرْتُكم فضيعتم ما عَهِدْتُ إليكم فيه، ورَفَعْتم أنسابَكم، فاليومَ أرفعُ نَسَبِي، وأضعُ أنسابَكم، أين المتقون ؟ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah taala akan berkata pada Hari Kiamat: Aku perintahkan kalian, lalu kalian abaikan apa yang Aku janjikan kepada kalian di dalamnya, namun Aku angkat nasab-nasab kalian, pada hari ini Aku akan mengangkat nasab-Ku dan Aku jatuhkan nasab-nasab kalian. Di manakah orang-orang yang bertakwa? Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kalian di sisi Allah adalah yang paling takwa di kalangan kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis no. 9997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «إن الله - تعالى - يقول يوم القيامة: أمرتكم، فضيعتم ما عهدت إليكم فيه، ورفعتم أنسابكم، فاليوم أرفع نسبي، وأضع أنسابكم، أين المتقون؟ إن أكرمكم عند الله أتقاكم». [ك، هب الواحدي في «تفسيره»، «الضعيفة» (2436)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah taala akan berkata pada Hari Kiamat: Aku perintahkan kalian, lalu kalian abaikan apa yang Aku janjikan kepada kalian di dalamnya, namun Aku angkat nasab-nasab kalian, pada hari ini Aku akan mengangkat nasab-Ku dan Aku jatuhkan nasab-nasab kalian. Di manakah orang-orang yang bertakwa? Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kalian di sisi Allah adalah yang paling takwa di kalangan kalian”. [Riwayat Mustadrak al-Hakim, Syu’ab al-Iman, al-Wahidi dalam “Tafsir”nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2436].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.