Sesungguhnya Allah SWT yang membunuh Abu Jahal

TEKS BAHASA ARAB

إن الله قتل أبا جهل، فالحمد لله الذي صدق وعده، وأعز دينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT membunuh Abu Jahal. Maka segala puji bagi-Nya yang mengotakan janji-Nya, dan meninggikan agama-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1825, hadis nombor 9197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الله قتل أبا جهل، فالحمد لله الذي صدق وعده، وأعز دينه)). [عق، ((الضعيفة)) (3077)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas‘ūd RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT membunuh Abu Jahal. Maka segala puji bagi-Nya yang mengotakan janji-Nya, dan meninggikan agama-Nya." [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3077].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.