Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ قتل أبا جهلٍ، فالحمدُ للهِ الذي صدق وعدَهُ، وأعزَّ دينَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT membunuh Abu Jahal. Maka segala puji bagi-Nya yang mengotakan janji-Nya, dan meninggikan agama-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1825, hadis no. 9197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه- عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إن الله قتل أبا جهل، فالحمد لله الذي صدق وعده، وأعز دينه)). [عق، ((الضعيفة)) (3077)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas‘ūd RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT membunuh Abu Jahal. Maka segala puji bagi-Nya yang mengotakan janji-Nya, dan meninggikan agama-Nya." [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3077].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman