TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى كره لكم العبث في الصلاة، والرفث في الصيام، والضحك عند المقابر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT tidak suka tindakan bermain-main ketika solat, kata-kata kotor ketika puasa dan ketawa ketika di perkuburan
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1733, hadis nombor 8720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحي بن كثير مرفوعا: ((إن الله تعالى كره لكم العبث في الصلاة، والرفث في الصيام، والضحك عند المقابر.)) [الن المبارك، ((الضعيفة)) (3079)].
(Lemah)
Daripada Yahya bin Kathir secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya Allah SWT tidak suka tindakan bermain-main ketika solat, kata-kata kotor ketika puasa dan ketawa ketika di perkuburan)).
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.3079].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.