Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ تعالى كَرِهَ لَكُمُ العَبثَ في الصَّلاةِ، والرَّفَثَ في الصِّيامِ، والضَّحِكَ عندَ المقابرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT tidak suka tindakan bermain-main ketika solat, kata-kata kotor ketika puasa dan ketawa ketika di perkuburan
Sahabat Perawi
- Yahya bin Abi Kathir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1733, hadis no. 8720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحي بن كثير مرفوعا: ((إن الله تعالى كره لكم العبث في الصلاة، والرفث في الصيام، والضحك عند المقابر.)) [الن المبارك، ((الضعيفة)) (3079)].
(Lemah) Daripada Yahya bin Kathir secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Sesungguhnya Allah SWT tidak suka tindakan bermain-main ketika solat, kata-kata kotor ketika puasa dan ketawa ketika di perkuburan)). [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.3079].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman