Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai perbuatan meninggikan suara ketika bersin dan juga menguap

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يكره رفع الصوت بالعطاس والتثاؤب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak menyukai perbuatan meninggikan suara ketika bersin dan juga menguap.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 203, hadis nombor 1063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن الزبير – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يكره رفع الصوت بالعطاس والتثاؤب)). [ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (3137)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Zubair RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah tidak menyukai perbuatan meninggikan suara ketika bersin dan juga menguap.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3137]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs