Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan aku orang yang tersilap dalam pertuturan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى لم يجعلني لحَّانًا اخْتارَ لي خيرَ الكلام: كتابَه القُرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan aku orang yang tersilap dalam pertuturan. Sebaliknya Dia telah memilih sebaik-baik perkataan untukku, iaitu kitab-Nya, al-Quran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106, hadis nombor 5605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله تعالى لم يجعلني لحَّانًا اخْتارَ لي خيرَ الكلام: كتابَه القُرآن. [فر، الشيرازي، الضعيفة (7089)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan aku orang yang tersilap dalam pertuturan. Sebaliknya Dia telah memilih sebaik-baik perkataan untukku, iaitu kitab-Nya al-Quran. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, riwayat al-Shirazi. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7089]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.