Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menunda ajal seseorang jika memang telah tiba ajalnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى لا يؤخر نفسا إذا جاء أجلها، وإنما زيادة العمر بالذرية الصالحة يرزقها العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menunda ajal seseorang jika memang telah tiba ajalnya. Adapun penambahan umur yang dimaksudkan oleh hadis itu adalah zuriat (keturunan) yang soleh yang dikurniakan kepada seseorang hamba itu lalu mereka mendoakannya setelah wafatnya dan doa mereka itu sampai kepadanya di dalam kubur dan begitulah maksud penambahan umur.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis nombor 7659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: ذكرنا [زيادة العمر] عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((إن الله تعالى لا يؤخر نفسا إذا جاء أجلها، وإنما زيادة العمر بالذرية الصالحة يرزقها العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر)). [عد، طس، (الضعيفة)) (5323)].

(Munkar)
Daripada Abi Darda RA berkata: Kami telah tanyakan kepada Rasulullah SAW tentang penambahan umur, lalu Baginda bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menunda ajal seseorang jika memang telah tiba ajalnya. Adapun penambahan umur yang dimaksudkan oleh hadis itu adalah zuriat (keturunan) yang soleh yang dikurniakan kepada seseorang hamba itu lalu mereka mendoakannya setelah wafatnya dan doa mereka itu sampai kepadannya di dalam kubur dan begitulah maksud penambahan umur.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Tabarani dalam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5323].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.