Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يُؤَخِّرُ نَفْساً إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا، وَإِنَّمَا زِيَادَةُ العُمْرِ بِالذُّرِّيَّةِ الصَّالِحَةِ يُرْزَقُهَا العَبْدُ، فَيَدْعُونَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ، فَيَلْحَقُهُ دُعَاؤُهُمْ فِي قَبْرِهِ، فَذَلِكَ زِيَادَةُ العُمْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menunda ajal seseorang jika memang telah tiba ajalnya. Adapun penambahan umur yang dimaksudkan oleh hadis itu adalah zuriat (keturunan) yang soleh yang dikurniakan kepada seseorang hamba itu lalu mereka mendoakannya setelah wafatnya dan doa mereka itu sampai kepadanya di dalam kubur dan begitulah maksud penambahan umur.
Sahabat Perawi
- Abu Darda RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis no. 7659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: ذكرنا [زيادة العمر] عند رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: ((إن الله تعالى لا يؤخر نفسا إذا جاء أجلها، وإنما زيادة العمر بالذرية الصالحة يرزقها العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر)). [عد، طس، (الضعيفة)) (5323)].
(Munkar) Daripada Abi Darda RA berkata: Kami telah tanyakan kepada Rasulullah SAW tentang penambahan umur, lalu Baginda bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menunda ajal seseorang jika memang telah tiba ajalnya. Adapun penambahan umur yang dimaksudkan oleh hadis itu adalah zuriat (keturunan) yang soleh yang dikurniakan kepada seseorang hamba itu lalu mereka mendoakannya setelah wafatnya dan doa mereka itu sampai kepadannya di dalam kubur dan begitulah maksud penambahan umur.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan al-Tabarani dalam al-Awsat, Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5323].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman