Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ ليسَ بتارِكٍ أحدًا منَ المسلمينَ يومَ الجمعةِ إلَّا غفرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan meninggalkan seorang pun dalam kalangan kaum muslimin pada hari Jumaat melainkan Dia mengampunkannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis no. 1805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: «إن الله ليس بتارك أحدا من المسلمين يوم الجمعة إلا غفر له». [طس، ابن الأعرابي، ابن بشران، «الضعيفة» (297)]
(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya Allah SWT tidak akan meninggalkan seorang pun dalam kalangan kaum muslimin pada hari Jumaat melainkan Dia mengampunkannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn al-A’rābī dalam Mu’jamnya, dan Ibn Bashrān dalam kitab al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 297]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman