Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada kalangan Bani Israel

Teks Bahasa Arab

إنَّ الله أَوْحَى إلى نبيٍ من بني إسرائيل: أن أخبر قومَك: أن ليسَ عبدٌ يَصُومُ يومًا ابتغاءَ وجهي إلا أصححتُ جسمَه، وأعظمتُ أجره.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada kalangan Bani Israel supaya memberitahu : Tidaklah seseorang hamba itu berpuasa sehari dengan niat menggapai keredaan-Ku melainkan Aku akan sihatkan jisimnya (tubuh badan) dan mengurniakan pahala yang besar kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis no. 5877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الله أوحى إلى نبي من بني إسرائيل: أن أخبر قومك: أن ليس عبد يصوم يوما ابتغاء وجهي إلا أصححت جسمه وأعظمت أجره. [هب، الضعيفة (7083)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada kalangan Bani Israel supaya memberitahu : Tidaklah seseorang hamba itu berpuasa sehari dengan niat menggapai keredaan-Ku melainkan Aku akan sihatkan jisimnya (tubuh badan) dan mengurniakan pahala yang besar kepadanya. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7083]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.