TEKS BAHASA ARAB
إن الله بعثني لتمام مكارم الأخلاق وتمام محاسن الأفعال .
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia serta menyempurnakan perbuatan yang baik.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32 – 33, hadis nombor 118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – رفعه : ((إن الله بعثني لتمام مكارم الأخلاق وتمام محاسن الأفعال )).
[البغوي، ((الضعيفة)) (2087)]
(Lemah) Daripada Jabir RA dan beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia serta menyempurnakan perbuatan yang baik.
[Riwayat al-Baghawī dalam Sharḥ al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2087]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.