Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ بعثني لتمامِ مَكارمِ الأخلاقِ وتمامِ مَحاسِنِ الأفعالِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia serta menyempurnakan perbuatan yang baik.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis no. 118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - رفعه : ((إن الله بعثني لتمام مكارم الأخلاق وتمام محاسن الأفعال )). [البغوي، ((الضعيفة)) (2087)]
(Daif) Daripada Jabir RA dan beliau memarfu'kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia serta menyempurnakan perbuatan yang baik. [Riwayat al-Baghawī dalam Sharḥ al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2087]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman