Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil aku sebagai kekasih-Nya, sepertimana Allah telah mengambil Ibrahim sebagai kekasih-Nya

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ اتَّخَذَنِي خَلِيلا: كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا، وَمَنْزِلِي وَمَنْزِلُ إِبْرَاهِيمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي الْجَنَّةِ تجاهين، والعباس بينا، مؤمن بين خليلين.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil aku sebagai kekasih-Nya, sepertimana Allah telah mengambil Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Rumahku dan rumah Ibrahim pada hari kiamat di syurga adalah pada dua arah, dan al-Abbas pula adalah antara kami iaitu seorang mukmin yang berada di antara dua kekasih Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 402-403, hadis no. 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن ابن عمرو مرفوعا، وهو موضوع، وقال ابن عدي: ليس لهذا الحديث أصل عن ثقة، وقد أخرجه ابن ماجة.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Ibn 'Amr secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), ia palsu. Ibn Adi berkata: Hadith ini tiada asalnya daripada thiqah, ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.