Sesungguhnya Allah SWT telah mengamanahkan kepadaku satu perjanjian pada ‘Ali

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى- عهد إليّ عهدًا في علي. فقلت: يا رب! بيّنه لي؟ فقال: اسمع! فقات: سمعت. قال: إن عليا راية الهدى، وإمام أوليائي، ونور من أطاعني، وهو الكلمة التي ألزمتها المتقين. من أحبّه أحبّني. ومن أبغضه فقد أبغضني، فبشره بذلك. فجاء علي، فبشّرته)). فقال: يا رسول الله! أنا عبد الله وفي قبضته، فإن يعذبني فبذنبي، وإن يتم الذي بشّرتني به فالله أولى به. قال: قلت: اللهم! أجلِ قلبه، واجعل ربيعه الإيمان. فقال الله: قد فعلت به ذلك. ثم إنه رفع إلى أنه سيخصّه من البلاء بشيء لم يخُص به أحدًا من أصحابي. فقلت: يا رب! أخي وصاحبي؟! فقال: إن هذا شيء قد سبق؛ إنه مبتلى ومبتلى به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah mengamanahkan kepadaku satu perjanjian pada ‘Ali. Lalu aku berkata: “Wahai Tuhan, jelaskanlah padaku?” Allah berfirman: "Dengarkanlah!" Nabi pun menjawab: "Aku mendengar. Allah pun berfirman: “Sesungguhnya Ali ialah panji jalan kebenaran, imam bagi para wali-Ku, cahaya kepada yang mentaati-Ku, dan dia ialah perkataan yang sering dilazimi orang-orang yang bertakwa. Barangsiapa yang mengasihinya maka dia mengasihi-Ku, barangsiapa yang membencinya maka dia juga membenci-Ku. Khabarkanlah berita gembira ini kepadanya. Kemudian datanglah ‘Ali lalu aku khabarkan kepadanya.” Kemudian dia berkata: "Wahai Rasulullah! Aku hamba Allah dan aku dalam genggaman-Nya. Andai Dia menyeksaku maka itu disebabkan dosaku. Sekiranya terjadi berita gembira yang kau khabarkan padaku, maka Allah lebih utama daripadanya." Baginda bersabda: Aku berkata: "Wahai Allah! (Tuntun) hatinya dan jadikanlah iman (sebagai) musim bunganya. Maka firman Allah: "Sungguh telah aku lakukan padanya demikian. Kemudian dia telah diangkat untuk (menjadi orang yang) akan dikhususkan baginya bencana yang tidak pernah ditimpakan kepada sesiapa pun dari sekalian sahabatku." Aku pun bertanya: "Saudaraku dan sahabatku?" Allah menjawab: "Sesungguhnya perkara ini telah ditakdirkan; dia ujian dan (orang lain) diuji dengannya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1862, hadis nombor 9397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي برزة – رضي الله عنه – مرفوعًا: ((إن الله – تعالى- عهد إليّ عهدًا في علي. فقلت: يا رب! بيّنه لي؟ فقال: اسمع! فقلت: سمعت. قال: إن عليا راية الهدى، وإمام أوليائي، ونور من أطاعني، وهو الكلمة التي ألزمتها المتقين. من أحبّه أحبّني. ومن أبغضه فقد أبغضني، فبشره بذلك. فجاء علي، فبشّرته)). فقال: يا رسول الله! أنا عبد الله وفي قبضته، فإن يعذبني فبذنبي، وإن يتم الذي بشّرتني به فالله أولى به. قال: قلت: اللهم! أجلِ قلبه، واجعل ربيعه الإيمان. فقال الله: قد فعلت به ذلك. ثم إنه رفع إلى أنه سيخصّه من البلاء بشيء لم يخُص به أحدًا من أصحابي. فقلت: يا رب! أخي وصاحبي؟! فقال: إن هذا شيء قد سبق؛ إنه مبتلى ومبتلى به. [حل، (الضعيفة) (4887)]

(Palsu) Daripada Abu Barzah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) : “Sesungguhnya Allah SWT telah mengamanahkan kepadaku satu perjanjian pada ‘Ali. Lalu aku berkata: “Wahai Tuhan, jelaskanlah padaku?” Allah berfirman: "Dengarkanlah!" Nabi pun menjawab: "Aku mendengar. Allah pun berfirman: “Sesungguhnya Ali ialah panji jalan kebenaran, imam bagi para wali-Ku, cahaya kepada yang mentaati-Ku, dan dia ialah perkataan yang sering dilazimi orang-orang yang bertakwa. Barangsiapa yang mengasihinya maka dia mengasihi-Ku, barangsiapa yang membencinya maka dia juga membenci-Ku. Khabarkanlah berita gembira ini kepadanya. Kemudian datanglah ‘Ali lalu aku khabarkan kepadanya.” Kemudian dia berkata: "Wahai Rasulullah! Aku hamba Allah dan aku dalam genggaman-Nya. Andai Dia menyeksaku maka itu disebabkan dosaku. Sekiranya terjadi berita gembira yang kau khabarkan padaku, maka Allah lebih utama daripadanya." Dia berkata: Aku berkata: "Wahai Allah! (Tuntun) hatinya dan jadikanlah iman (sebagai) musim bunganya. Maka firman Allah: "Sungguh telah aku lakukan padanya demikian. Kemudian dia telah diangkat untuk (menjadi orang yang) akan dikhususkan baginya bencana yang tidak pernah ditimpakan kepada sesiapa pun dari sekalian sahabatku." Aku pun bertanya: "Saudaraku dan sahabatku?" Allah menjawab: "Sesungguhnya perkara ini telah ditakdirkan; dia ujian dan (orang lain) diuji dengannya." [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.