Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan perasaan cemburu ke dalam diri wanita

TEKS BAHASA ARAB

إن الله -تبارك وتعالى- كتب الغيرة على النساء، والجهاد على الرجال، فمن صبر منهن كان لها مثل أجر الشهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan perasaan cemburu ke dalam diri wanita, dan mewajibkan jihad ke atas orang lelaki. Barang siapa daripada kalangan wanita yang bersabar (terhadap sifat cemburu itu) maka baginya pahala syahid di jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis nombor 4685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله -تبارك وتعالى- كتب الغيرة على النساء، والجهاد على الرجال، فمن صبر منهن كان لها مثل أجر الشهيد)).
[طب، عق، ابن الأعرابي، القضاعي، الدولابي، عد، ((الضعيفة)) (813)].

(Munkar)
Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan perasaan cemburu ke dalam diri wanita, dan mewajibkan jihad ke atas orang lelaki. Barang siapa daripada kalangan wanita yang bersabar (terhadap sifat cemburu itu) maka baginya pahala syahid di jalan Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-‘Uqailiyy dalam al-Du’afa al-Kabir, Ibn al-‘A’rabi dalam Mu’jam beliau, al-Qudha’iyy dalam Musnad al-Shihab, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asmaa, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 813].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs