Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ -تبارك وتعالى- كتب الغَيْرَةَ على النساءِ، والجهادَ على الرجالِ، فمَن صبر منهن كان لها مِثْلُ أجرِ الشهيدِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan perasaan cemburu ke dalam diri wanita, dan mewajibkan jihad ke atas orang lelaki. Barang siapa daripada kalangan wanita yang bersabar (terhadap sifat cemburu itu) maka baginya pahala syahid di jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis no. 4685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: إن الله -تبارك وتعالى- كتب الغيرة على النساء، والجهاد على الرجال، فمن صبر منهن كان لها مثل أجر الشهيد. [طب، عق، ابن الأعرابي، القضاعي، الدولابي، عد، الضعيفة (813)].
(Munkar) Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan perasaan cemburu ke dalam diri wanita, dan mewajibkan jihad ke atas orang lelaki. Barang siapa daripada kalangan wanita yang bersabar (terhadap sifat cemburu itu) maka baginya pahala syahid di jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-‘Uqailiyy dalam al-Du’afa al-Kabir, Ibn al-‘A’rabi dalam Mu’jam beliau, al-Qudha’iyy dalam Musnad al-Shihab, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asmaa, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 813].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman