Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan dua sangkakala

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله خلق صورين له في صور نفختان: نفخة الصعق، ونفخة القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan dua sangkakala. Dalam tiap-tiap sangkakala terdapat dua tiupan, iaitu: tiupan kehancuran dan tiupan kebangkitan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 54, hadis nombor 102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذب.

Dusta.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.