Sesungguhnya Allah SWT telah memperlihatkan dunia pada saya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل قد رفع لي الدنيا فأنا أنظر إليها وإلى ما هو كائن فيها إلى يوم القيامة كأنما أنظر إلى كفي هذه جليانا من أمر الله عز وجل جلاه لنبيه كما جلاه للنبيين قبله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah memperlihatkan dunia kepada saya, lalu saya memerhatikannya dan segala kejadian yang telah berlaku sehingga hari kiamat, seolah-olah saya sedang melihat dua tapak tangan saya ini secara jelas daripada Allah SWT, Dia memperlihatkan pada Nabi-Nya sebagaimana Dia perlihatkan untuk para Nabi sebelumnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1037, hadis nombor 5309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعًا: إن الله عز وجل قد رفع لي الدنيا، فأنا أنظر إليها وإلى ما هو كائن فيها إلى يوم القيامة كأنما أنظر إلى كفي هذه، جليانا من أمر الله عز وجل جلاه لنبيه كما جلاه للنبيين قبله. [حل، الضعيفة (972)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Sesungguhnya Allah SWT telah memperlihatkan dunia kepada saya, lalu saya memerhatikannya dan segala kejadian yang telah berlaku sehingga hari kiamat, seolah-olah saya sedang melihat dua tapak tangan saya ini secara jelas daripada Allah SWT, Dia memperlihatkan pada Nabi-Nya sebagaimana Dia perlihatkan untuk para Nabi sebelumnya. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 957]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs