Sangat lemah
5 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ قد رفعَ ليَ الدُّنيا فَأَنَا أَنْظُرُ إليْهَا وإلَى مَا هوَ كائنٌ فِيْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأنَّمَا أَنْظُرُ إِلَى كفِّي هَذِهِ، جَلَيَّانَا مِنْ أَمْرِِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ جَلَّاهُ لِنَبِيِّهِ كَمَا جَلَّاهُ لِلنَّبيِّينَ قَبْلَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah memperlihatkan dunia kepada saya, lalu saya memerhatikannya dan segala kejadian yang telah berlaku sehingga hari kiamat, seolah-olah saya sedang melihat dua tapak tangan saya ini secara jelas daripada Allah SWT, Dia memperlihatkan pada Nabi-Nya sebagaimana Dia perlihatkan untuk para Nabi sebelumnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1037, hadis no. 5309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعًا: إن الله عز وجل قد رفع لي الدنيا، فأنا أنظر إليها وإلى ما هو كائن فيها إلى يوم القيامة كأنما أنظر إلى كفي هذه، جليانا من أمر الله عز وجل جلاه لنبيه كما جلاه للنبيين قبله. [حل، الضعيفة (972)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Sesungguhnya Allah SWT telah memperlihatkan dunia kepada saya, lalu saya memerhatikannya dan segala kejadian yang telah berlaku sehingga hari kiamat, seolah-olah saya sedang melihat dua tapak tangan saya ini secara jelas daripada Allah SWT, Dia memperlihatkan pada Nabi-Nya sebagaimana Dia perlihatkan untuk para Nabi sebelumnya. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 957]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman