Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT telah memberi wahyu kepadaku: Wahai saudara kepada seluruh Rasul, wahai saudara kepada seluruh pemberi peringatan

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ تعالى أوحى إليَّ، يا أخا المُرسَلِينَ ! ويا أخا المُنذِرِينَ ! أَنْذِرْ قومَك أنْ لا يَدْخُلوا بَيْتاً من بيوتي ولأحَدٍ عندهم مَظْلَمَةٌ، فإني أَلْعَنُهُ ما دام قائماً بن يديَّ يُصَلِّي حتى يَرُدَّ تلك الظُلامةَ إلى أهلها، فأكونَ سَمْعَه الذي يَسْمَعُ به، وأكونَ بصرَه الذي يُبْصِرُ به، ويكونَ من أوليائي وأَصْفِيائي، ويكونَ جاري مع النَّبِيِّيَن والصِّدِّيقيَن والشهداءِ في الجنةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT telah memberi wahyu kepadaku: Wahai saudara kepada seluruh Rasul, wahai saudara kepada seluruh pemberi peringatan, berilah peringatan kepada kaummu agar mereka tidak memasuki mana-mana rumah-Ku dalam keadaan salah seorang mereka mempunyai kezaliman. Sesungguhnya Aku melaknatnya selama dia berdiri menunaikan solat di hadapan-Ku, sehingga dia memulangkan kezaliman itu kepada pemiliknya. Jika dia melakukannya maka Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatan yang dia melihat dengannya, dan dia akan termasuk dalam kalangan para wali-Ku dan orang-orang suci-Ku. Dia akan menjadi jiran-Ku bersama dengan para Nabi, para orang-orang yang benar (siddiqun), serta para syuhada di dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 122 - 123, hadis no. 628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله أوحى إلي : يا أخا المرسلين ويا أخا المنذرين أنذر قومك أن لا يدخلوا بيتا من بيوتي ولأحد عندهم مظلمة فإني ألعنه ما دام قائما بين يدي يصلي حتى يرد الظلامة إلى أهلها فأكون سمعه الذي يسمع به وأكون بصره الذي يبصر به ويكون من أوليائي وأصفيائي ويكون جاري مع النبيين والصديقين والشهداء في الجنة. [حل، الضعيفة (6308)]

(Daif) Daripada Ḥudhaifah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah memberi wahyu kepadaku: Wahai saudara kepada seluruh Rasul, wahai saudara kepada seluruh pemberi peringatan, berilah peringatan kepada kaummu agar mereka tidak memasuki mana-mana rumah-Ku dalam keadaan salah seorang mereka mempunyai kezaliman. Sesungguhnya Aku melaknatnya selama dia berdiri menunaikan solat di hadapan-Ku, sehingga dia memulangkan kezaliman itu kepada pemiliknya. Jika dia melakukannya maka Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatan yang dia melihat dengannya, dan dia akan termasuk dalam kalangan para wali-Ku dan orang-orang suci-Ku. Dia akan menjadi jiran-Ku bersama dengan para Nabi, para orang-orang yang benar, serta para syuhada di dalam syurga. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6308]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.