Sesungguhnya Allah SWT telah melihat hati para hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله نظر في قلوب العباد فلم يجد قلبا أنقى من أصحابي، و لذلك اختارهم، فجعلهم أصحابا، فما استحسنوا فهو عند الله حسن، وما استقبحوا فهو عند الله قبيح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah melihat hati para hamba-Nya dan Dia dapati tidak ada yang lebih suci berbanding hati para sahabat. Oleh itu, Dia telah memilih mereka dan jadikan mereka sebagai sahabat. Apa-apa yang mereka lihat baik, maka di sisi Allah perkara itu baik. Apa-apa yang mereka lihat buruk, maka di sisi Allah perkara itu buruk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1786, hadis nombor 8989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعاً: «إن الله نظر في قلوب العباد فلم يجد قلباً أنقى من أصحابي، ولذلك اختارهم، فجعلهم أصحاباً، فما استحسنوا فهو عند الله حسن، وما استقبحوا فهو عند الله قبيح». [خط «الضعيفة» (532)].

(Palsu) Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah melihat hati para hambaNya dan Dia dapati tidak ada yang lebih suci berbanding hati para sahabat. Oleh itu, Dia telah memilih mereka dan jadikan mereka sebagai sahabat. Apa-apa yang mereka lihat baik, maka di sisi Allah perkara itu baik. Apa-apa yang mereka lihat buruk, maka di sisi Allah perkara itu buruk." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs