Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hambanya yang beriman dua malaikat yang menulis amalannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تبارك وتعالى وكل بعبده المؤمن ملكين يكتبان عمله ، فإذا مات ؛ قال الملكان اللذان وكلا به يكتبان عمله : قد مات؛ فأذن لنا أن نصعد إلى السماء؟ فيقول الله عز وجل: سمائي مملوءة من ملائكتي يسبحوني. فيقولان: أفنقيم في الأرض؟ فيقول الله عز وجل: أرضي مملوءة من خلقي يسبحوني. فيقولان: فأين ؟ فيقول: قوما على قبر عبدي – أو : عند قبر عبدي -؛ فسبحاني، واحمداني، وكبراني، واكتبا ذلك لعبدي إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hambanya yang beriman dua malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, dua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata: Dia telah mati maka izinkanlah kami untuk naik ke langit? Allah Azza wa Jalla berkata: Langit-Ku telah penuh dengan malaikat-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berkata: Adakah kami kekal di bumi? Allah Azza wa Jalla berkata: Bumi-Ku penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berkata: Kalau begitu ke manakah patut kami pergi? Allah berkata: Kekallah di sisi kubur hamba-Ku dan bertasbihlah kepada-Ku, bertahmidlah kepada-Ku dan bertakbirlah kepada-Ku dan tulislah (pahala zikir) demikian untuk hambaku hingga hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1549, hadis nombor 7859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((إنَّ اللَّهَ تبارك وتعالى وَكَّلَ بِعَبْدِهِ الْمُؤْمِنِ مَلَكَيْنِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ، فَإِذَا مَاتَ؛ قَالَ الْمَلَكَانِ اللَّذَانِ وُكِّلَا بِهِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ: قَدْ مَاتَ، فَأْذَنْ لنا أَنْ نَصْعَدَ إلَى السَّمَاءِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: سَمَائِي مَمْلُوءَةٌ من مَلَائِكَتِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: أَفَنُقِيمُ فِي الْأَرْضِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عز وجل: أَرْضِي مَمْلُوءَةٌ مِنْ خَلْقِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: فَأَيْنَ؟ فَيَقُولُ: قُومَا عَلَى قَبْرِ عَبْدِي – أو عند قَبْرِ عَبْدِي -؛ فَسَبِّحَانِي، وَاحْمَدَانِي، وَكَبِّرَانِي، وَاكْتُبَا ذَلِكَ لِعَبْدِي إلى يوم القيامة)) [ابن راهويه، ابو الشيخ في ((العظمة))، هب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6128)]

(Palsu)
Daripada Anas Bin Malik RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hambanya yang beriman dua malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, dua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata: Dia telah mati maka izinkanlah kami untuk naik ke langit? Allah Azza wa Jalla berkata: Langit-Ku telah penuh dengan malaikat-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berkata: Adakah kami kekal di bumi? Allah Azza wa Jalla berkata: Bumi-Ku penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berkata: Kalau begitu ke manakah patut kami pergi? Allah berkata: Kekallah di sisi kubur hamba-Ku dan bertasbihlah kepada-Ku, bertahmidlah kepada-Ku dan bertakbirlah kepada-Ku dan tulislah (pahala zikir) demikian untuk hambaku hingga hari kiamat.”
[Riwayat Ibn Rahawaih, Abu al-Syeikh dalam al-'Azamah, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6128]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.