Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hamba-Nya dua orang malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, kedua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata…

TEKS BAHASA ARAB

إنَّ اللَّهَ تبارك وتعالى وَكَّلَ بِعَبْدِهِ الْمُؤْمِنِ مَلَكَيْنِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ، فَإِذَا مَاتَ؛ قَالَ الْمَلَكَانِ اللَّذَانِ وُكِّلَا بِهِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ: قَدْ مَاتَ، فَأْذَنْ لنا أَنْ نَصْعَدَ إلَى السَّمَاءِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: سَمَائِي مَمْلُوءَةٌ من مَلَائِكَتِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: أَفَنُقِيمُ فِي الْأَرْضِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عز وجل: أَرْضِي مَمْلُوءَةٌ مِنْ خَلْقِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: فَأَيْنَ؟ فَيَقُولُ: قُومَا عَلَى قَبْرِ عَبْدِي – أو عند قَبْرِ عَبْدِي -؛ فَسَبِّحَانِي، وَاحْمَدَانِي، وَكَبِّرَانِي، وَاكْتُبَا ذَلِكَ لِعَبْدِي إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hamba-Nya dua orang malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, kedua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata: Dia telah mati, maka izinkanlah kami untuk naik ke langit. Maka Allah azza wa jalla berkata: Langitku penuh dengan malaikat-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berdua berkata: Kalau begitu, adakah kami kekal sahaja di bumi? Allah azza wa jalla berkata: Bumi-Ku juga telah penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Mereka berkata: Jadi manakah patut kami pergi? Allah azza wa jalla menjawab: Kekallah kamu berdua di kubur hamba-Ku, atau di sisi kubur hamba-Ku. Bertasbihlah, bertahmidlah dan bertakbirlah kepada-Ku dan tulislah amalan tersebut bagi hamba-Ku hinggalah hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1763, hadis nombor 8877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إنَّ اللَّهَ تبارك وتعالى وَكَّلَ بِعَبْدِهِ الْمُؤْمِنِ مَلَكَيْنِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ، فَإِذَا مَاتَ؛ قَالَ الْمَلَكَانِ اللَّذَانِ وُكِّلَا بِهِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ: قَدْ مَاتَ، فَأْذَنْ لنا أَنْ نَصْعَدَ إلَى السَّمَاءِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: سَمَائِي مَمْلُوءَةٌ من مَلَائِكَتِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: أَفَنُقِيمُ فِي الْأَرْضِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عز وجل: أَرْضِي مَمْلُوءَةٌ مِنْ خَلْقِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: فَأَيْنَ؟ فَيَقُولُ: قُومَا عَلَى قَبْرِ عَبْدِي – أو عند قَبْرِ عَبْدِي -؛ فَسَبِّحَانِي، وَاحْمَدَانِي، وَكَبِّرَانِي، وَاكْتُبَا ذَلِكَ لِعَبْدِي إلى يوم القيامة.)) [ابن راهوية، أبو الشيخ في ((العظمة))، هب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6128)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hamba-Nya dua orang malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, kedua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata: Dia telah mati, maka izinkanlah kami untuk naik ke langit. Maka Allah azza wa jalla berkata: Langitku penuh dengan malaikat-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berdua berkata: Kalau begitu, adakah kami kekal sahaja di bumi? Allah azza wa jalla berkata: Bumi-Ku juga telah penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Mereka berkata: Jadi manakah patut kami pergi? Allah azza wa jalla menjawab: Kekallah kamu berdua di kubur hamba-Ku, atau di sisi kubur hamba-Ku. Bertasbihlah, bertahmidlah dan bertakbirlah kepada-Ku dan tulislah amalan tersebut bagi hamba-Ku hinggalah hari kiamat. ))
[Riwayat Ibn Rahawaih, Abu al-Syeikh dalam Al-Azamah dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6128].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs