Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ تبارك وتعالى وَكَّلَ بِعَبْدِهِ الْمُؤْمِنِ مَلَكَيْنِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ، فَإِذَا مَاتَ؛ قَالَ الْمَلَكَانِ اللَّذَانِ وُكِّلَا بِهِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ: قَدْ مَاتَ، فَأْذَنْ لنا أَنْ نَصْعَدَ إلَى السَّمَاءِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: سَمَائِي مَمْلُوءَةٌ من مَلَائِكَتِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: أَفَنُقِيمُ فِي الْأَرْضِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عز وجل: أَرْضِي مَمْلُوءَةٌ مِنْ خَلْقِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: فَأَيْنَ؟ فَيَقُولُ: قُومَا عَلَى قَبْرِ عَبْدِي - أو عند قَبْرِ عَبْدِي -؛ فَسَبِّحَانِي، وَاحْمَدَانِي، وَكَبِّرَانِي، وَاكْتُبَا ذَلِكَ لِعَبْدِي إلى يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hamba-Nya dua orang malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, kedua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata: Dia telah mati, maka izinkanlah kami untuk naik ke langit. Maka Allah azza wa jalla berkata: Langitku penuh dengan malaikat-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berdua berkata: Kalau begitu, adakah kami kekal sahaja di bumi? Allah azza wa jalla berkata: Bumi-Ku juga telah penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Mereka berkata: Jadi manakah patut kami pergi? Allah azza wa jalla menjawab: Kekallah kamu berdua di kubur hamba-Ku, atau di sisi kubur hamba-Ku. Bertasbihlah, bertahmidlah dan bertakbirlah kepada-Ku dan tulislah amalan tersebut bagi hamba-Ku hinggalah hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1763, hadis no. 8877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إنَّ اللَّهَ تبارك وتعالى وَكَّلَ بِعَبْدِهِ الْمُؤْمِنِ مَلَكَيْنِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ، فَإِذَا مَاتَ؛ قَالَ الْمَلَكَانِ اللَّذَانِ وُكِّلَا بِهِ يَكْتُبَانِ عَمَلَهُ: قَدْ مَاتَ، فَأْذَنْ لنا أَنْ نَصْعَدَ إلَى السَّمَاءِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: سَمَائِي مَمْلُوءَةٌ من مَلَائِكَتِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: أَفَنُقِيمُ فِي الْأَرْضِ؟ فَيَقُولُ اللَّهُ عز وجل: أَرْضِي مَمْلُوءَةٌ مِنْ خَلْقِي يُسَبِّحُونِي، فَيَقُولَانِ: فَأَيْنَ؟ فَيَقُولُ: قُومَا عَلَى قَبْرِ عَبْدِي - أو عند قَبْرِ عَبْدِي -؛ فَسَبِّحَانِي، وَاحْمَدَانِي، وَكَبِّرَانِي، وَاكْتُبَا ذَلِكَ لِعَبْدِي إلى يوم القيامة.)) [ابن راهوية، أبو الشيخ في ((العظمة))، هب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6128)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT telah melantik bagi hamba-Nya dua orang malaikat yang menulis amalannya. Jika dia mati, kedua malaikat yang dilantik untuk menulis amalannya berkata: Dia telah mati, maka izinkanlah kami untuk naik ke langit. Maka Allah azza wa jalla berkata: Langitku penuh dengan malaikat-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Lalu mereka berdua berkata: Kalau begitu, adakah kami kekal sahaja di bumi? Allah azza wa jalla berkata: Bumi-Ku juga telah penuh dengan ciptaan-Ku yang bertasbih kepada-Ku. Mereka berkata: Jadi manakah patut kami pergi? Allah azza wa jalla menjawab: Kekallah kamu berdua di kubur hamba-Ku, atau di sisi kubur hamba-Ku. Bertasbihlah, bertahmidlah dan bertakbirlah kepada-Ku dan tulislah amalan tersebut bagi hamba-Ku hinggalah hari kiamat. )) [Riwayat Ibn Rahawaih, Abu al-Syeikh dalam Al-Azamah dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6128].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman