Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله تعالى قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة؛ إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله وشكروا، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم، قال: يا رب! كيف هذا لهم، ولا حلم ولا علم؟ قال: أعطيهم من حلمي وعلمي
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT telah berkata: Wahai Isa! Sesungguhnya aku mengutuskan selepas kamu satu umat. Sekiranya mereka mendapati sesuatu yang mereka suka, mereka memuji Allah dan bersyukur padanya. Dan sekiranya mereka mendapati sesuatu yang mereka tidak suka, mereka akan mengharapkan pahala dan bersabar, tidak ada kelembutan dan tidak ada ilmu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Bagaimanakah keadaan begini bagi mereka, tiada kelembutan dan tiada ilmu. Tuhannya menjawab: Akan aku berikan mereka daripada kelembutan-Ku dan ilmu-Ku.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1687, hadis no. 8509. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Abi Dunia dalam al-Sabr, al-Kharaiti dalam Fadhilah al-Shukr, al-Bazzar dan Ibn Asakir
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman