Sesungguhnya Allah SWT telah berkata kepada para malaikat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا. فيأتونه فيصبون عليه البلاء صبا، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT berkata kepada para malaikat: Pergilah kalian menemui hambaKu dan timpakanlah ke atasnya ujian. Lalu para malaikat mendatanginya dan menimpakan ke atasnya ujian. (Setelah ujian itu pun), hamba tersebut memuji Allah. Para malaikat kemudian kembali (kepada Allah) dan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah mengujinya seperti mana yang telah Engkau perintahkan kepada kami. Lalu Allah SWT berkata: Kembalilah semula kalian kepadanya dan (ujilah) dia sekali lagi, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya (memujiKu dibalik ujian yang diterimanya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 485, hadis nombor 2610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا : ((إن الله – عز وجل – يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا. فيأتونه فيصبون عليه البلاء صبا، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته)). [المخلص في ((العاشر من حديثه))، طب، البغوي، ((الضعيفة)) (٤٩٩٤)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT berkata kepada para malaikat: Pergilah kalian menemui hambaKu dan timpakanlah ke atasnya ujian. Lalu para malaikat mendatanginya dan menimpakan ke atasnya ujian. (Setelah ujian itu pun), hamba tersebut memuji Allah. Para malaikat kemudian kembali (kepada Allah) dan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah mengujinya seperti mana yang telah Engkau perintahkan kepada kami. Lalu Allah SWT berkata: Kembalilah semula kalian kepadanya dan (ujilah) dia sekali lagi, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya (memujiKu dibalik ujian yang diterimanya).
[Riwayat Al-Mukhallis dalam al-‘Ashir Min Hadithihi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Baghawi, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4994]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs