Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT telah berkata kepada para malaikat

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ يقولُ للملائكةِ : انطلِقوا إلى عبدي فصُبُّوا عليهِ البلاءَ صبًّا. فيأتونهُ فيصبُّونَ عليه البلاءَ صبًّا، فيحمدُ اللهَ. فيرجعونَ فيقولونَ: ربَّنا! صبَبْنا عليهِ البلاءَ كما أمرْتَنا. فيقولُ: ارجِعوا؛ فإني أحبُّ أنْ أسمعَ صوتَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT telah berkata kepada para malaikat: "Pergilah kepada seorang hamba dan berikan mereka suatu ujian", malaikat lantas memberikan kepada hamba tersebut suatu ujian, lalu hamba tersebut memuji Allah, lalu malaikat itu pulang kepada-Nya dan seraya berkata, "Wahai Tuhan kami, kami telah menguji mereka seperti yang telah-Mu perintahkan, lalu Allah berkata, Kembalilah kamu (menguji) hamba itu, Aku suka mendengar suaranya".

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 485, hadis no. 2610.

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا : ((إن الله – عز وجل – يقول للملائكة: انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا. فيأتونه فيصبون عليه البلاء صبا، فيحمد الله. فيرجعون فيقولون: ربنا! صببنا عليه البلاء كما أمرتنا. فيقول: ارجعوا؛ فإني أحب أن أسمع صوته)). [المخلص في ((العاشر من حديثه))، طب، البغوي، ((الضعيفة)) (٤٩٩٤)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT telah berkata kepada para malaikat: "Pergilah kepada seorang hamba dan berikan mereka suatu ujian", malaikat lantas memberikan kepada hamba tersebut suatu ujian, lalu hamba tersebut memuji Allah, lalu malaikat itu pulang kepada-Nya dan seraya berkata, "Wahai Tuhan kami, kami telah menguji mereka seperti yang telah-Mu perintahkan, lalu Allah berkata, Kembalilah kamu (menguji) hamba itu, Aku suka mendengar suaranya". [Riwayat Al-Mukhlis dalam Al-‘Ashir Min Hadithuhu, Al-Tabarani dalam Mukjam Kabir. Al-Baghawi, Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4994]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.