TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله وعد هذا البيت أن يحجه في كل سنة ستمائة ألف، فإن نقصوا كملهم بالملائكة، وغن الكعبة تحشر كالعروس المزفوفة، كل من حجها يتلعق بأستارها، يسعون حولها حتى تدخل الجنة فيدخلوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji kepada Kaabah untuk mendatangkan 600 000 orang mengerjakan haji setiap tahun. Setiap kali bilangan ini berkurangan, Dia akan mencukupkannya dengan bilangan malaikat. Sesungguhnya Kaabah akan dibangkitkan seperti pengantin yang disambut meriah. Setiap orang yang pernah melakukan haji, akan bergantung dengan kain penutupnya. Mereka berjalan di sekelilingnya hingga ia masuk ke syurga lalu ia masuk.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 55, hadis nombor 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في الإحياء. قال العراقي: لم أجد له أصلا.
Al-Ghazali telah menyebutkannya dalam al-Ihya’. Al-Iraqi berkata: aku tidak menjumpai asal hadith ini.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.