Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji kepada Kaabah untuk mendatangkan 600 000 orang

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: إِن الله وعد هَذَا الْبَيْت أَن يحجه فِي كل سنة سِتّمائَة ألف، فَإِن نَقَصُوا كملهم بِالْمَلَائِكَةِ، وغن الْكَعْبَة تحْشر كالعروس المزفوفة، كل من حَجهَا يتلعق بأستارها، يسعون حولهَا حَتَّى تدخل الْجنَّة فيدخلوا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji kepada Kaabah untuk mendatangkan 600 000 orang mengerjakan haji setiap tahun. Setiap kali bilangan ini berkurangan, Dia akan mencukupkannya dengan bilangan malaikat. Sesungguhnya Kaabah akan dibangkitkan seperti pengantin yang disambut meriah. Setiap orang yang pernah melakukan haji, akan bergantung dengan kain penutupnya. Mereka berjalan di sekelilingnya hingga masuk ke syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 55, hadis no. 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الإحياء. قال العراقي: لم أجد له أصلا.

Al-Ghazali telah menyebutkannya dalam al-Ihya'. Al-Iraqi berkata: aku tidak menjumpai asal hadis ini.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.