Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji bahawa seramai 600 000 ribu orang akan mengerjakan haji di kaabah setiap tahun

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله قد وعد هذا البيت أن يحجه في كل سنة ستمائة ألف فإن نقصوا كملهم الله بالملائكة وإن الكعبة تحشر كالعروس المزفوفة فكل من حجها يتعلق بأستارها يسعون حولها حتى تدخل الجنة فيدخلون معها


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji bahawa seramai 600 000 ribu orang akan mengerjakan haji di kaabah setiap tahun jika berkurang Allah akan menyempurnakan dengan malaikat. Sesungguhnya kaabah itu dikunjungi sepertimana perhimpunan majlis perkahwinan. Setiap yang melakukan haji akan bergantung di kain kaabah tawaf di sekelilingnya sehingga masuk ke dalam syurga dan mereka masuk bersamanya.


STATUS

Tidak ada asalnya


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 107, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المختصر: لا أصل له

Al-Firuzabadi berkata di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Tidak ada asalnya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs