Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT sukakan berterusannya hubungan persaudaraan yang lama, maka berterusanlah ke atasnya

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ يُحِبُّ المداومةَ على الإِخاءِ القديمةِ، فداوِمُوا عليها.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT sukakan berterusannya hubungan persaudaraan yang lama, maka berterusanlah ke atasnya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 42, hadis no. 164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا : ((إن الله يحب المداومة على الإخاء القديمة، فداوموا عليها)). [أبو الشيخ في ((التاريخ))، أبو الحسن الحربي في ((أحاديثه))، أبو نعيم في ((أخبار الأصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (2888)]

(Terlalu Daif) Daripada Jābir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT sukakan berterusannya hubungan persaudaraan yang lama, maka berterusanlah ke atasnya. [Riwayat Abū al-Shaykh dalam al-Tārikh, Abū al-Ḥasan al-Ḥarbī dalam Aḥādīth beliau, Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2888]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.