Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يحبُّ حفظَ الودِّ القديمِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT suka untuk memelihara perasaan cinta yang lama.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis no. 194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((إن الله يحب حفظ الود القديم)). [عد، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (3125)]
(Terlalu Daif) Daripada A'ishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT suka untuk memelihara perasaan cinta yang lama. [Riwayat Ibn ‘Adī, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3125]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman