Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya pada makanan dan minuman hamba-Nya.

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب أن يرى أثر نعمته على عبده في مأكله ومشربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya pada makanan dan minuman hamba-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis nombor 7660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن زيد بن جدعان قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله يحب أن يرى أثر نعمته على عبده في مأكله ومشربه.)) [الأصبهاني، (الضعيفة)) (5472)].

(Lemah)
Daripada Ali Bin Zaid Bin Jad’an berkata: Rasulullah SAW berkata: ((Sesungguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya pada makanan dan minuman hamba-Nya.))
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5472].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.