Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ أَنْ يَرَى أَثْرَ نِعْمَتِهِ عَلَى عَبْدِهِ فِي مَأْكَلِهِ وَمَشْرَبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya pada makanan dan minuman hamba-Nya.
Sahabat Perawi
- Ali Bin Zaid Bin Jad’an
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis no. 7660. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن زيد بن جدعان قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله يحب أن يرى أثر نعمته على عبده في مأكله ومشربه.)) [الأصبهاني، (الضعيفة)) (5472)].
(Lemah) Daripada Ali Bin Zaid Bin Jad’an berkata: Rasulullah SAW berkata: ((Sesungguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya pada makanan dan minuman hamba-Nya.)) [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5472].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman