Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَه يحبُّ السهلَ الطلقَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT suka kepada sifat mudah yang ceria.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis no. 195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله يحب السهل الطلق)). [أخرجه الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، وأبو القاسم بن أبي قعنب في ((حديث القاسم بن الأشيب)) ، وأبو عمر بن منده في ((أحاديثه))، عد، هب، فر، ((الضعيفة)) (3124)]
(Terlalu Daif) Daripada Abū Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT suka kepada sifat mudah yang ceria. [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, Abū al-Qāsim ibn Abū Qa‘nab dalam Ḥadīth al-Qāsim ibn Ashhab, Abū ‘Umar ibn Mandah dalam Aḥādīth beliau, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Qaḍā‘ī, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3124]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman