Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberikan rezeki pada setiap pagi

Teks Bahasa Arab

ألم أَنْهَكِ أن تَرفعي شيئًا؟ فإنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ يأتي برزقِ كلِّ غدٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga ekor burung dihadiahkan kepada Rasulullah SAW. Baginda memberikan pembantu Baginda makan seekor burung. Keesokan harinya, pembantu tersebut datang dengan membawakan burung untuk Baginda. Rasulullah SAW pun bersabda: "Bukankah aku sudah melarang kamu daripada membawa makanan kepadaku? Sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberikan rezeki pada setiap pagi."

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 636, hadis no. 3298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: أهديت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث طوائر، فأطعم خادمه طائراً، فلما كان من الغد؛ أتته به، فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ألم أنهك أن ترفعي شيئاً؛ فإن الله عز وجل يأتي برزق ‌كل ‌غد)). [حم، أحمد في ((الزهد))، حل، ع، الدولابي في ((الأسماء والكنى))، عد، هب، ((الضعيفة)) (6743)]

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Tiga ekor burung dihadiahkan kepada Rasulullah SAW. Baginda memberikan pembantu Baginda makan seekor burung. Keesokan harinya, pembantu tersebut datang dengannya (membawakan burung untuk Baginda). Rasulullah SAW pun bersabda: "Bukankah aku sudah melarang kamu daripada membawa makanan kepadaku? Sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberikan rezeki pada setiap pagi." [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, riwayat Ahmad dalam al-Zuhd, riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’, riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman, riwayat al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6743]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.