Sesungguhnya Allah SWT sangat melindungi terutama bagi mukmin di dunia daripada makanan yang membahayakan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أشد حمية للمؤمن من الدنيا من المريض أهله الطعام، والله أشد تعاهدا للمؤمن بالبلاء من الوالد لولده بالخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT sangat melindungi terutama bagi mukmin di dunia daripada makanan yang membahayakan daripada orang sakit yang dihalang keluarganya, dan Allah paling menjaga orang mukmin daripada bala daripada seorang ayah kepada anaknya untuk kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis nombor 9185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ساعدة بن سعد بن حذيفة: أن حذيفة كان يقول: ما من يوم أقر لعيني ولا أحب لنفسي من يوم آتي أهلي فلا أجد عندهم طعاما، ويقولون: ما تقدر على قليل ولا كثير، وذلك أني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الله أشد حمية للمؤمن من الدنيا من المريض أهله الطعام، والله أشد تعاهدا للمؤمن بالبلاء من الوالد لولده بالخير)). [طب، حل، ابن الجوزي في ((جامع المسانيد))، ((الضعيفة)) (3047)]

(Lemah) Daripada Sā‘idah bin Sa‘d bin Ḥudhaifah bahawasanya Ḥudhaifah berkata: Tidak ada hari yang lebih menyenangkan mataku, yang paling aku suka daripada hari yang mana aku datang kepada ahli keluargaku dan aku tidak mendapati pada mereka makanan. Mereka berkata: Engkau tidak mampu menyediakan sedikit atau banyak. Hal ini kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT sangat melindungi terutama bagi mukmin di dunia daripada makanan yang membahayakan daripada orang sakit yang dihalang keluarganya, dan Allah paling menjaga orang mukmin daripada bala daripada seorang ayah kepada anaknya untuk kebaikan. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Ibn al-Jauzī dalam Jāmi‘ al-Masānīd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3047]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs