Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ أَشَدُّ حَمِيَّةً للمؤمنِ من الدنيا من المريضِ أهلُه الطعامَ، واللهُ أَشَدُّ تعاهدًا للمؤمنِ بالبلاءِ من الوالدِ لولدِهِ بالخيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT sangat melindungi terutama bagi mukmin di dunia daripada makanan yang membahayakan daripada orang sakit yang dihalang keluarganya, dan Allah paling menjaga orang mukmin daripada bala daripada seorang ayah kepada anaknya untuk kebaikan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis no. 9185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Sā‘idah bin Sa‘d bin Ḥudhaifah bahawasanya Ḥudhaifah berkata: Tidak ada hari yang lebih menyenangkan mataku, yang paling aku suka daripada hari yang mana aku datang kepada ahli keluargaku dan aku tidak mendapati pada mereka makanan. Mereka berkata: Engkau tidak mampu menyediakan sedikit atau banyak. Hal ini kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT sangat melindungi terutama bagi mukmin di dunia daripada makanan yang membahayakan daripada orang sakit yang dihalang keluarganya, dan Allah paling menjaga orang mukmin daripada bala daripada seorang ayah kepada anaknya untuk kebaikan. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Ibn al-Jauzī dalam Jāmi‘ al-Masānīd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3047]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman